top of page
Search

Kraf Tradisional Iban: Bukan Sekadar Warisan, Tetapi Nadi Identiti & Survival Bangsa



KUCHING — Pemeliharaan kraf tradisional masyarakat Iban bukan sekadar usaha mempertahankan warisan nenek moyang, malah menjadi identiti dan jaminan survival budaya bangsa dalam mendepani cabaran arus pemodenan dunia.


Perkara demikian ditegaskan oleh Pengerusi Penasihat Pertandingan Pengelandik Jari 2025/2026 Iban Women Charitable Trust (IWCT), Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengelandik Jari IWCT 2025/2026 yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Sarawak Chamber Ballroom, Riverside Majestic Hotel pada 15 Ogos 2026 lalu. Beberapa ahli SIDS Cawangan Kuching dan juga exco SIDS HQ turut dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian tersebut.


Menurut Tan Sri Empiang, kraf tradisional seperti tikar anyaman, pua kumbu, dan duku (parang tradisional) mempunyai nilai serta makna tersendiri yang mencerminkan jati diri dan sejarah perjuangan bangsa Iban.


"Apabila kita meneliti budaya silam, kita sedar bahawa kita bukan sekadar penonton pada hari ini, tetapi merupakan pengawal yang diamanahkan dengan tanggungjawab suci untuk menjaga, mempertahan dan meneruskan warisan agung yang ditinggalkan generasi terdahulu," ujar beliau.


Beliau turut menambah bahawa budaya bukan bahan pameran yang hanya disimpan atau diguna sewaktu upacara tertentu sahaja, sebaliknya merupakan nadi yang memberi rasa kebersamaan, keyakinan, serta identiti di tengah-tengah dunia yang pesat berubah.


Penganjuran edisi 2025/2026 mencatatkan kejayaan memberangsangkan apabila menerima sebanyak 122 hasil kraf daripada 111 artisan dari seluruh Sarawak menerusi sembilan kategori yang dipertandingkan:

  1. Tikai Bemban Anyam Bebuah

  2. Pua Kumbu

  3. Kain Kebat

  4. Kain Karap

  5. Marik Empang / Tanggu

  6. Baju Kuas

  7. Parang - Nyabur Indu

  8. Parang - Nyabur Lelaki

  9. Langgai Tingang


Keistimewaan edisi kali ini turut menyaksikan pengenalan julung kali seni pertukangan besi (ngambuh), selain menampilkan penglibatan rentas generasi yang membanggakan — di mana peserta tertua berusia 81 tahun dan peserta termuda berumur 19 tahun.

 
 
 

Comments


SIDS

Satu Sarakup, Satu Suara

One Voice , One Sarakup

Email: sidsheadquarters@gmail.com

Phone: 082-454525

Adress: SL 19 & 20 , Lot 3520 & 3521,

Jalan Canna Tabuan Tranquility, Block 12, Muara Tebas 93350, Kuching, Sarawak

Be a Member !!!

Thanks for submitting!

© 2023 by Sarakup Indu Dayak Sarawak

bottom of page